Rawdah: Sinar Ilahi

Friday, May 15, 2009


Sebuah album nasyid yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Album ini mengandungi 12 buah lagu yang mampu menyentuh jiwa bagi yang mendengarnya. Dengan mempersembahkan konsep irama nasyid moden dan tradisi, album ini diyakini dapat memberi kepuasan kepada para peminat nasyid tempatan. Boleh didapati di Kedai Buku Koperasi DBP, Kuala Lumpur dengan harga RM19.90 sahaja.

ITQAN : Kasih


Album Nasyid Pertama ITQAN terbitan Kelab Nasyid Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) menampilkan lagu-lagu seperti Untukmu Rasulullah, Srikandi, Pesanan, Salam buat Ibu, Rahmat Kasih Ilahi, Cabaran Dunia, Warga Dunia dan Doa Khatam Al-Quran [Versi Baharu].

Album ini juga mendapat sentuhan Dakmie [Penerbit Album Maulana, Rabbani], Zairul Quantize, Ahmad Zairi Ariffin [Penerima AIM - Album kumpulan Search] dan Mastering oleh C. L. Toh. Menampilkan komposer seperti Dakmie, Amin Nordin, Abdul Azizullah Jamal Rashid, Mohd. Sahal bin Alias, Amiza Khusyri Yusof dan ramai lagi. Tidak lupa kepada Penerbit Eksekutif yang banyak berkorban sehingga kemunculan Kasih - Ustaz Amir Intizam Othman.

Album ini sangat enak didengar, dan yang pasti, album ini telah menggambarkan tulus kasad, seribu pengorbanan, kasih sayang, restu dan syukur.

Khas buat insan-insan yang mendamba kasih...

Harga : RM21.90
No. Akaun : 05021010021862 atas nama Kelab Nasyid ITQAN
Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan pos sila hubungi 016-6656587 (Ustaz Amir Intizam Othman)

Rahmat - Nilai Sebuah Impian

Berbekalkan melodi yang dekat dengan jiwa pendengar muzik tanah air, seorang lagi pendatang baru dalam bidang seni nasyid iaitu Rahmat tampil dengan sebuah album mini yang mengandungi 5 buah lagu, yang juga kesemuanya merupakan hasil nukilan dan garapan idea beliau. Harapan yang disandarkan dalam album ini menjadi sebab utama mengapa beliau sanggup berhempas pulas dari sudut tenaga,masa, dan ringgit demi mencapai kepuasan diri untuk menjadikan nyanyian sebagai alternatif dakwah dan hiburan yang menenangkan jiwa. Nilai Sebuah Impian sememangnya mengajar erti kesungguhan terhadap apa yang diimpikan, dan pasti ianya suatu yang indah seandainya dapat dicapai dengan segala yang dilaburkan.

Album mini Rahmat - Nilai Sebuah Impian telah pun terbit dan sedia untuk dimiliki. Dapatkannya segera dari pengedar-pengedar terpilih.

[Belian online disini]

" Tidak Menyesal ke Menjadi Penyanyi Nasyid", kata pengacara Nasi Lemak Kopi O

Dekat Dihati di tv9 semakin rancak dengan program-program yang berbentuk keagamaan kepada masyarakat malaysia khususnya.Pelbagai program yang telah berjaya menarik penonton yang kini ditangga ke 2 Media Prima,antaranya seperti Akademi Nasyid,Akademi Al-quran,Mari Bertarannum,dan lain-lain,usaha tv9 ini boleh kita banggakan kerana masyarakat diluar sana yang dahagakan program-program yang berbentuk ilmiah kini mendapat maklum balas yang positif.

Tidak kita nafikan bahawa di Malaysia masih kekurangan cerita-cerita yang berbentuk dakwah kepada masyarakat umum,jika kita lihat negara jiran kita di indonesia mempunyai cerita-cerita dakwah mereka sendiri dan bukan ciplak atau tiru negara lain.Maka jelaslah kita masih dahagakan program-program ilmiah berbentuk drama,telemovie,filem dan sebagainya.

Penyanyi nasyid popular iaitu Raihan suatu ketika dahulu pernah menggegarkan malaysia dengan filem pertama yang berjudul Syukur 21,yang merupakan artis nasyid pertama terlibat dalam industri filem tanah air.Namun filem Syukur 21 kurang mendapat publisiti kepada masyarakat. Selepas Raihan diikuti pula kumpulan nasyid junior iaitu Unic artis dibawah naungan Hijjaz records dalam telemovie See U Di Ipt yang membawa mesej kepada remaja masa kini.

Jika kita perhatiankan video diatas dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di tv9,telah membuat pihak FN mencoretkan sesuatu disini.Artis nasyid yang dijemput adalah junior dari kumpulan nasyid Mawaddah yang diberi nama Hawra',kumpulan Hawra' kini sudah mempunyai 2 album : remaja dan disebalik pegorbanan.

Pengacara Nasi lemak Kopi O seolah-olah memperlekehkan agama ISLAM mengenai isu berpakaian muslimah seperti Hawra'.Kita perhatikan video diatas dan cuba anda menilainya sendiri,diantara kata-kata pengacara tersebut ialah :

" tidak menyesal ke menjadi penyanyi nasyid"


"adakah suatu hari nanti akan bertukar kepada penyanyi pop"


"tapi saya masih tidak puas hati lah boleh ke tukar takyah jadi nasyid ! jadi pop jugak,tukar penampilan ! pakai lebih raget lagi ke,pakai seluar tapi masih pakai tudung"

Kenapa beliau mengutarakan persoalan sebegitu ? tidakkah ia membawa suatu isu kepada islam itu sendiri ?,perlukah ia mengutarakan persoalan sebegitu ?,seseorang yang tahu tentang islam pasti tidak akan berkata begitu, sama-sama lah kita hayati.

ehsan: Fenomena Nasyid

Ustaz Radzi terkenang zaman Cinta Untuk Nabila


Kenangan Radzi (tiga dari kiri) ketika bersama anggota Melissa.

Bekas penyanyi kumpulan Melissa kini tampil dengan album solo sesudah bergelar imam

MELIHAT penampilannya yang kini berserban dan berjubah, siapa sangka beliau adalah bekas vokalis kumpulan rcok terkenal, Melissa dan pernah mempopularkan lagu hit, Cinta Untuk Nabila. Lagu itu begitu popular dan sering menjadi siulan anak muda lebih 15 tahun lalu kerana melodi dan liriknya yang berkesan, apatah lagi vokal penyanyinya yang nyaring dan meruntun hati.

Cinta Untuk Nabila pernah menaikkan nama kumpulan Melissa di persada muzik tanah air pada awal era 1990-an malah hingga kini, lagu ciptaan dan lirik oleh Rosli Selasih itu masih menjadi pilihan pendengar di corong radio.

Selepas 18 tahun berlalu, kumpulan Melissa kini sudah berkubur, yang tinggal hanyalah Cinta Untuk Nabila sebagai lagu evergreen. Nyata, pengundurun penyanyi utama kumpulan itu, Radzi memberi kesan mendalam hingga anggotanya silih bertukar ganti. Akhirnya kumpulan Melissa rebah menyembah bumi.



Kini, Radzi yang lebih mesra disapa dengan panggilan Ustaz Radzi bukan lagi Radzi yang dulu dengan imej rambut panjang kerinting, berkaca mata hitam, berseluar jeans ketat dan berjaket kulit. Ustaz Radzi kini tampil dengan gaya seorang ustaz sesuai dengan kerjayanya sekarang sebagai penceramah bebas dan menjadi pembantu imam di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.

Ketika B8Pop menemuiny baru-baru ini, dengan nada perlahan, Ustaz Radzi mengakui: "Selepas 17 tahun mengundurkan diri daripada Melissa, hanya baru-baru ini saya bertemu seorang bekas anggotanya. Saya tak sangka kehilangan saya memberi kesan mendalam pada kumpulan itu hingga mereka tidak mampu bertahan walaupun sudah mendapat pengganti saya ketika itu.

"Dulu kami memang mempunyai masalah dalaman hingga saya tak mampu berdepan anggota Melissa lagi. Masing-masing rasa diri popular dan mula besar kepala. Kalau diikutkan, masalah yang dihadapi bukanlah besar mana... cuma kami tak mahu mengalah dan masing-masing rasa diri betul. Saya juga tak salahkan rakan Melissa lain, saya juga sama seperti mereka, tak mahu mengalah.

“Lalu, saya ambil keputusan meninggalkan Melissa selepas berkahwin. Ketika itu, saya fikir tak boleh cari makan lagi dengan menyanyi dan saya pula perlu menanggung anak orang. Jadi saya tekad tinggalkan dunia seni dan kembali jadi orang biasa. Memang saya lakukan pengorbanan besar kerana ketika itu Melissa sedang popular."

Katanya, beliau menghilang diri selepas bertikam lidah dengan anggota Melissa dan hanyalah baru-baru ini, beliau keluar dari kepompong persembunyian dan mencari rakan-rakan yang pernah berjuang bersamanya dulu.

"Dulu sebelum keluar album pertama, Pendirian yang memuatkan lagu popular, Cinta Untuk Nabila, hubungan sesama anggota memang akrab. Umpamanya kalau makan sepinggan, tidur sebantal dan susah senang bersama. Kalau tak makan pun sanggup bersama. Selepas lagu Cinta Untuk Nabila meletup, masing-masing sudah makin lupa diri. Kalau dulu kami boleh menghasilkan enam lagu dalam seminggu tetapi bila popular, seminggu pun susah nak siapkan satu lagu.

"Apa yang dapat saya katakan, menyanyi sesebuah lagu memerlukan gabungan hati, bukan hanya meletakkan bebanan pada penyanyi semata-mata. Sebab itu, lagu dulu begitu melekat di hati dan dikenang sampai bila-bila kerana ia adalah gabungan hati penyanyi, pemuzik, pencipta dan penulis lirik," katanya yang bertugas sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah dan bertugas sebagai pembantu Imam sejak 1994.

Ustaz Radzi, bekas penuntut Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, berkata beliau tekad meninggalkan dunia nyanyian dan kembali mendalami ilmu agama bersama bapanya, Ustaz Abdul Hamid Ahmad di kampung halaman.

"Sejak usia lima tahun saya sudah ditekankan dengan ilmu agama oleh arwah bapa dan sambung belajar di sekolah pondok selepas tamat pengajian di Kolej Sultan Abdul Hamid. Apabila tamat pengajian pondok, saya datang ke Kuala Lumpur, tetapi niat asal saya bukan mahu jadi penyanyi, saya hanya nak cari kerja tetap.

"Saya kerja kilang dan tinggal di Kampung Pandan dan ketika itu, saya mula kenal dengan dunia nyanyian. Dulu muzik rock pun saya tak tahu. Bermula dengan menyanyi di kenduri kahwin, saya beralih pula ke kelab malam sebelum menghasilkan album bersama Melissa. Kalau ikutkan, masa mula-mula nak menyanyi memang susah, saya pernah makan nasi yang dikutip dalam tong sampah sebab tak ada duit... gila menyanyi hingga tak mahu buat kerja lain. Hari-hari kerja saya melalak saja," kata bapa kepada enam cahaya mata itu.

Terbaru, Ustaz Radzi muncul dengan album solo berkonsep ketuhanan berjudul Penyesalan. Album yang berada di pasaran awal minggu lalu itu turut mengundang seorang penyanyi wanita dari Acheh, Yeny. Ia memuatkan enam lagu nyanyian Ustaz Radzi dan empat lagu nyanyian Yeny serta diterbitkan Deen Production Sdn Bhd.

"Album ini berbeza dengan album lain, ia bukanlah kategori album nasyid. Saya tak mampu bersaing dengan penyanyi nasyid yang berbakat. Saya bersetuju kembali mewarnai dunia nyanyian selepas 17 tahun menghilangkan diri kerana konsep album ini. Ia dihasilkan mengikut keupayaan dan jiwa saya sebagai seorang penyanyi rock, cuma liriknya lebih kepada ketuhanan dan nasihat," katanya.

Azhan- Ku Milik Mu


Selepas menjadi juara Akademi Nasyid (AN), akhirnya Azhan Atan berjaya menerbitkan album sulungnya setelah berusaha menerbitkannya seawal Nov 2008. Album keluaran Hijjaz Records ini telah berada di pasaran.

Album yang diberi tajuk Ku Miliki Mu ini menampilkan 10 buah lagu iaitu:

Aku milik MU
Di Sebalik Bayang Mu
Sinar Pasti Ada
Tafakur
Ya Rabibil Mustafa
Renungkanlah
Selawat Badriah
Kerikil Jalanan - Palestin
Kami Penggerak Masa depan, dan
Kemanisan Dunia

Dapatkan yang original!