Berbekalkan melodi yang dekat dengan jiwa pendengar muzik tanah air, seorang lagi pendatang baru dalam bidang seni nasyid iaitu Rahmat tampil dengan sebuah album mini yang mengandungi 5 buah lagu, yang juga kesemuanya merupakan hasil nukilan dan garapan idea beliau. Harapan yang disandarkan dalam album ini menjadi sebab utama mengapa beliau sanggup berhempas pulas dari sudut tenaga,masa, dan ringgit demi mencapai kepuasan diri untuk menjadikan nyanyian sebagai alternatif dakwah dan hiburan yang menenangkan jiwa. Nilai Sebuah Impian sememangnya mengajar erti kesungguhan terhadap apa yang diimpikan, dan pasti ianya suatu yang indah seandainya dapat dicapai dengan segala yang dilaburkan.Album mini Rahmat - Nilai Sebuah Impian telah pun terbit dan sedia untuk dimiliki. Dapatkannya segera dari pengedar-pengedar terpilih.
[Belian online disini]
0 comments:
Post a Comment