

Dunia hiburan Malaysia telah lama dikejutkan dengan khabar angin mengenai status sebenar bekas rockers yang kini bergelar pendakwah bebas, Akhil Hayy dengan penyanyi world music, Waheeda. Ada yang mengatakan mereka ini telah berkahwin namun dinafikan oleh kedua-dua belah pihak.
Malah Waheeda dalam sidang akhbar suatu ketika dahulu menafikan sekeras-kerasnya sehingga menitiskan air mata. Baru-baru ni Ustaz Akhill Hayy menggegar industri hiburan tanahair dengan mengatakan Waheeda adalah isterinya. Rupanya ianya hanya satu propaganda untuk melakukan rancangan terbaru Akhil Hayy Cafe di Astro Oasis.
Setelah penafian demi penafian yang diberitahukan kepada umum, pihak kami terbaca satu entri dalam laman blog Oh Artis mengenai gambar mesra Akhil bersama Waheeda. [klik sini].
Kesahihan gambar ini belum dapat dipastikan namun seeloknya Akhil, Waheeda serta isteri Akhil tampil ke hadapan secara bersama menjelaskan status sebenar. Jika ya, tiada masalah kerana seorang lelaki boleh mengahwini lebih dari seorang isteri jika menepati syarak.
Usah takut jika perkara itu benar. Kepada Akhil, anda pernah mengalami zaman jahiliah. Usah kembali ke zaman itu. Ingatlah kembali bagaimana anda boleh dikenali sebagai pendakwah, atas pentas mana anda mula bertapak dalam arena dakwah ini. Usah cemarkan imej Islam dengan gosip liar. Sekadar teguran dari pihak kami.
disediakan oleh: Editor Minda Ummah
0 comments:
Post a Comment